Surah Al Baqarah, Ayat 198

Tidak berdosa kamu mencari kurniaan daripada Tuhan kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah hendaklah kamu membanyakkan zikrullah di Masy’aril haram (Mudzalifah) dan berzikirlah kepadaNya (Allah) sebagaimana yang ditunjukkan kepada kamu, walaupun sebelum itu kamu termasuk golongan orang yang sesat.