Surah Al Baqarah, Ayat 247

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu”. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedangkan kami kebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan ?” Nabi mereka berkata: “sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakan kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dihendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahnmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.