Surah Al Baqarah, Ayat 275

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan “bahawa sesungguhnya berjual beli (berniaga) itu sama dengan riba”. Allah membolehkan (menghalalkan) jual beli dan melarang (mengharamkan) riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengabil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.